DOA HARIAN UNTUK ANAK #1

JOM MENGAJAK SAMBIL MENGAJAR ANAK BERDOA BERSAMA.

Ajak anak membaca doa sebelum mengulangkaji pelajaran di rumah. Angkat tangan bersama-sama, kemudian ibubapa membaca doa dan anak mengaminkan doa.

Jika diulang setiap hari, secara tak langsung anak akan hafal doa dan tahu bila nak mula membaca doa ini.

Doa ni sesuai dibaca sebelum anak mula belajar atau sebelum anak mula jawab peperiksaan. Sesuai juga utk ibubapa dibaca sebelum memulakan suatu pekerjaan.

“Allahumma – nawwir qolbi – binuuri hidaayatika, – Kamaa nawwartal ardhi – binuuri syamsika, – Abadan, – Birohmatika – Yaa Arhamarraahimiin”

“Ya Allah, Terangilah hatiku dengan cahaya petunjukMu Sebagaimana telah Kau terangi bumi ini dengan cahaya matahariMu selamanya Dengan rahmat Engkau wahai Zat yang Maha Pengasih”.

Kredit: MOHAMAD RASSHUWAN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *