Lonjak B & C Menjadi A

  1. Jika anak masih dapat B, anak sebenarnya boleh buat pecutan akhir untuk pergi A. Letak mindset anak boleh.
  2. Jika ada guru tuisyen/tutor datang rumah maklumkan untuk kenal pasti masalah anak melalui kertas peperiksaan. Lebih baik guru tersebut jika datang ke rumah untuk ajar terus, bukan menunggu anak kita buat latihan.
  3. Sekarang perlu buat latihan format UPSR untuk melihat corak soalan yang biasa keluar.
  4. Tiada gajet/telefon/main games lagi. Masa suntuk ini pasti semua cikgu beri latihan, jangan tidak siap.
  5. Susun buku-buku yang boleh menjadi rujukan. Buku/bahan fotostat yang berterabur akan buat anak-anak tidak tahu mana hendak fokus.
  6. Kesihatan sangat penting. Pandai macam mana pun jika tidak sihat masa peperiksaan, tidak membantu anak-anak.
  7. Santuni guru-guru. Galakkan anak-anak berjumpa guru yang mengajar secara peribadi untuk tahu apa kelemahan dan apa yang perlu dilakukan untuk baiki keputusan.
  8. Redakan anak, tanamkan kata-kata baik setiap masa sehingga anak-anak sedar dan percaya, orang tuanya berharap kepadanya untuk lakukan perubahan saat akhir.
  9. Fokuskan mana nak dapat A, usaha kena luar biasa terhadap subjek tersebut supaya tidak jadi apa yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Saya ada pengalaman anak murid sepatutnya dapat A tetapi tak dapat kerana hujung-hujung seperti ini rasa sudah yakin tidak langsung buat latihan dan ambil mudah kerja diberikan kepadanya.
  10. Doa, doa, doa tanpa sedetik tak percaya, tiada mustahil walaupun C boleh meningkat A. Saya ada pengalaman ajar murid dapat begitu, pasti doa ibu bapanya buat dia dapat A. Anak kita adalah apa kita percaya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *