JOM CELIK AL-QURAN!
TERBUKA KEPADA SEMUA PERINGKAT USIA

"Hmm, akak ni umur dah 40-an tapi tak pandai sangat mengaji.
Nak join belajar mengaji dekat masjid area taman rumah akak ni rasa malu betul
sebab ramai orang. Anak-anak akak hantar sekolah agama rakyat, kadang-kadang
diaorang balik rumah pernah tanya akak pasal tajwid. Tersangat malu dengan
anak-anak masa tu sebab tak tahu apa pasal tajwid. Suatu hari akak ternampak iklan Mengaji Di Rumah dari Ibnusina. Syukur alhamdulillah, sekarang akak dah banyak tahu tentang
Al-Quran. Yang bestnya, ustazah sendiri datang ajar mengaji di rumah akak. Nak gi
tadarus pun tak malu dah sekarang sebab dah pandai mengaji."

Puan Wani

ADA MASALAH MACAM NI KE?

  • Tak ada orang dalam rumah yang pandai mengaji.
  • Tak pandai nak ajar anak atau ahli keluarga mengaji.
  • Tak tahu sebutan makhraj huruf dengan betul.
  • Lemah penguasaan tajwid.
  • Ambil masa yang lama untuk baca sebaris ayat.
  • Tak tahu maksud nama surah-surah dalam Al-Quran.
  • Malu nak belajar mengaji dalam kelas yang ramai.
  • Tak tahu tentang Asbabun Nuzul.

7 KEPADA MASALAH DI ATAS

FOKUS

Tentunya lebih fokus! Belajar mengaji
secara perseorangan dengan ustaz atau
ustazah atau belajar mengaji dalam kumpulan
maksimum 6 orang sahaja.

RASA SERONOK

Ustaz atau ustazah akan cuba bercerita tentang
kisah disebalik turunnya ayat-ayat yang belajar pada
hari tersebut. Jika ustaz atau ustazah terlupa, tanya
sahaja jangan malu-malu.

JIMAT MASA

Tak perlu kelam-kabut ke tempat mengaji.
Tak perlu hadap trafik jem. Kalau kat luar datang lambat ustaz atau ustazah tak tunggu dah, masuk kelas terpinga-pinga sebab dah tertinggal.

DIRECT TEACHING

Tak faham? Terus je tanya ustaz atau
ustazah. Tak perlu malu-malu angkat tangan tanya soalan. Tak perlu que nak tanya
apa-apa soalan. Confirm tak tertinggal dah lepas ni.

MASA FLEKSIBEL

Pilihan masa & hari di tangan anda. Nak buat extra kelas pun tiada masalah. Lepas ni, nak pergi bercuti atau balik kampung dah tak jadi masalah.

PENGUKUHAN ASAS

Berdasarkan analisis yang dibuat, ramai
sebenarnya bermasalah dalam sebutan makhraj huruf
& tajwid. Jika mengaji lancar sekalipun namun makhraj
huruf & tajwid tak betul, maka ia adalah salah kerana boleh
mengubah maksud sebenar ayat.

SELAMAT & SELESA

Belajar mengaji di rumah sendiri, mestilah
selesa kan? Tak perlu risau sangat tentang keselamatan
diri & anak-anak. Jika belajar di luar mesti nak berteman &
asyik terfikir pasal anak-anak. Dengan MDR semua ada di
depan mata, insya-Allah baik-baik sahaja semuanya.

Hari
Jam
Minit
Saat

DAFTAR HARI INI!
[ PENJIMATAN GILER ] DAFTAR LEBIH 1 ORANG

USTAZ DAN USTAZAH DI IBNUSINA
SEDIA MEMBANTU ANAK ANDA!

PENGALAMAN

USTAZ DAN USTAZAH IBNUSINA merupakan guru agama yang mempunyai pengalaman mengajar sama ada di sekolah, pusat mengaji mahupun mengaji di rumah. Ada yang lebih dari 5 tahun pengalaman mengajar. Kebanyakan ustaz dan ustazah kami telah mengajar lebih dari seorang klien dan telah mengajar di beberapa tempat.

LULUS INTERVIEW

Kami bukan pass job kepada sembarangan orang ye. Hanya mereka yang lulus temuduga dengan IBNUSINA sahaja yang layak mengajar dan mengambil job dari klien-klien kami. Kami sangat menitikberatkan kualiti dan hasil yang ingin dicapai.

BERKELAYAKAN

Mak ayah jangan risau! Ustaz dan ustazah di IBNUSINA semuanya berkelayakan untuk mengajar. Ada yang lulusan Maahad Tahfiz, STAM, Diploma dan Sarjana Muda dalam bidang berkaitan agama.

MENGHADIRI TRAINING

Pihak IBNUSINA menyediakan training kepada para tutor, ustaz dan ustazah supaya kuasai pelbagai teknik mengajar. Antara yang pernah kami jalankan ialah Xpert Tutor. Training juga akan diberikan kepada tutor dari semasa ke semasa.

MENYEDIAKAN PLATFORM UNTUK
PARA PENGAJAR BERKONGSI ILMU & INFO

IBNUSINA menyediakan platform di Facebook, WhatsApp dan Telegram kepada para tutor, ustaz dan ustazah untuk berkongsi ilmu dan info terkini. Kami sama-sama membantu untuk memberikan yang terbaik kepada para pelajar.

APA KATA MEREKA YANG DAH MENCUBA

ADA PAKEJ TAK UNTUK TAHAP ANAK SAYA?

BERITA BAIK! Dapatkan SPECIAL DISCOUNT
jika anda daftar lebih daripada 1 orang.

DEWASA

  • 18 Tahun Ke Atas
  • 1 Jam 30 Minit
    Per Sesi
  • 4 Sesi Sebulan

RM 329

REMAJA

  • 13 - 17 Tahun
  • 1 Jam 30 Minit
    Per Sesi
  • 4 Sesi Sebulan

RM 299

KANAK2

  • 12 Tahun Ke Bawah
  • 1 Jam
    Per Sesi
  • 4 Sesi Sebulan

RM 189

Klik butang di bawah untuk daftar
mengikut negeri tempat tinggal anda.

PROMOSI TELAH TAMAT!

Pastikan anda tak terlepas penjimatan ini.

Hari
Jam
Minit
Saat

F . A . Q

Untuk makluman,

  1. Ustaz atau ustazah kami akan datang mengajar di rumah pelajar.
  2. Masa dan hari boleh dipilih sendiri oleh pelajar atau ibu bapa. Kami akan menyusun jadual ustaz atau ustazah kami berdasarkan daripada jadual pilihan anda.
  3. Bayaran adalah secara bulanan, berdasarkan tahap pelajar dan jumlah pelajar dalam 1 kelas yang sama.

Kami cover area Tanjong Malim, Ipoh, Seremban, Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru & Kelantan.

Kami ada jumlah ustaz dan ustazah yang ramai di beberapa tempat dan jumlah yang agak terhad di beberapa kawasan. Anda boleh bagitahu dahulu tinggal di area mana dan kami akan cek tutor yang berada di kawasan anda.

Kami sediakan kelas untuk semua tahap dari peringkat tadika, pelajar sekolah dan orang dewasa.

Ya, anak anda pastinya boleh faham dan praktikkan apa yang ustaz atau ustazah ajar asalkan anak anda ikut 100% apa yang mereka ajar. Ustaz atau ustazah juga akan berikan laporan prestasi anak anda setiap kali habis mengaji untuk pantauan dan tindakan daripada pihak keluarga pelajar.

Yuran bukannya mahal tetapi berbaloi. Anda perlu tahu dahulu apa kelebihan Mengaji Di Rumah dan kenapa casnya begitu.

Kebanyakan ustaz atau ustazah bukan daripada kalangan guru. Tenaga pengajar daripada latar belakang pendidikan agama, kesemuanya telah ditapis & mendapat markah lulus dalam sesi mock teaching. Bukan calang-calang ustaz & ustazah yang kami berikan. Mereka juga sudah berpengalaman mengajar di beberapa tempat dan mahir tentang Al-Quran.

Minimum 1 sesi kelas adalah 1 orang pelajar dan maksimum sehingga 6 orang pelajar. Pertambahan setiap pelajar bagi setiap 4 sesi hanyalah RM20 sahaja sebulan. Jimat sangat!

Boleh. Jika sekalikan kelas, anda akan dapat penjimatan berganda. Jika asingkan kelas, pelajar-pelajar akan dapat lebih fokus, lebih faham & sesi pembelajaran akan menjadi lebih berkualiti.

DIKUASAKAN OLEH

XPERT TUTOR
SmartStudy Memory Master
IBNUSINA TUITION