Ada kebolehan sebagai seorang pendidik? Bersemangat dan suka membantu pelajar untuk berjaya?

Kami di Ibnusina Tuition sedang mencari calon yang berminat mengisi kekosongan jawatan sebagai Tutor bagi kelas Tuisyen Di Rumah & kelas Mengaji Di Rumah di kawasan Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.

#MEMBINA KERJAYA

Keistimewaan Menjadi Seorang Tutor

Menjadi tutor ada kepuasannya tersendiri bagi sesetengah orang. Mencurahkan ilmu yang ada kepada anak didik dan membantu mereka belajar bersungguh-sungguh untuk mengecapi keputusan peperiksaan yang cemerlang. Ingin jadikan tutor sebagai kerjaya anda?

7 Sebab Anda Patut Sertai Kami Sebagai Tutor

SEBAB 1

Cari Client

Tak perlu susah-susah cari client. Kami buat marketing dan cari client untuk tutor.

SEBAB 2

Tiada Yuran

Tiada yuran pendaftaran. Deposit komitmen yang dipotong akan dikembalikan apabila berhenti.

SEBAB 3

Jaminan Elaun

Tutor tetap akan dibayar elaun walaupun client tak bayar yuran bulanan.

SEBAB 4

Group Sokongan

Group sokongan di WhatsApp, Facebook & Telegram. Bahan nota & latihan turut dikongsi.

SEBAB 5

Claim Duit Buku

Boleh claim duit buku tutor sepanjang mengajar.

SEBAB 6

Claim Tol & Petrol

Boleh claim tol sehala & 10% duit petrol jika jarak tempat mengajar 30 KM dan ke atas.

SEBAB 7

Bonus

Ganjaran bonus diberikan kepada tutor yang 'perform' mengikut penggal.

jom-sertai-kami-fatinx

Jadual & Masa Bekerja Di Tangan Anda!

Kerjaya sebagai tutor tidak terikat dengan waktu bekerja seperti di pejabat. Anda dapat meluangkan masa yang lebih bersama keluarga, rakan-rakan serta melakukan aktiviti yang anda suka.

#MENDIDIK ANAK BANGSA

Sebahagian Daripada Tutor Ibnusina Yang Komited

0
Pelajar Telah Kami Bantu
0
Tenaga Pengajar
0
Tahun Pengalaman

Jumlah Bayaran Elaun Kepada Tutor

Contoh kiraan elaun:

1 sesi (Darjah 1-3) = 1 Jam

1 sesi (Darjah 4-6) = 1 Jam 30 Minit

1 sesi (Tingkatan 1-5) = 1 Jam 30 Minit

Purata kadar elaun Sarah ialah RM 35 per sesi. Sarah mengajar 16 sesi sebulan bermaksud Sarah hanya bekerja lebih kurang 6 jam seminggu sahaja. Berapakah jumlah elaun bulanan Sarah?

RM 35 x 16 = RM 560

Frequently Asked Question

Telah didaftarkan (KT0385185-W) pada tahun 2015 dengan nama Ibnu Sina Training & Consultancy. Kami ialah penyedia perkhidmatan Tuisyen Di Rumah & Mengaji Di Rumah.

Sehingga kini, kami membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang mempunyai minat dan kebolehan dalam bidang tutor untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kami sebagai seorang Tutor Profesional.

Pejabat kami beralamat di No. 6C, Jalan Cahaya, Taman Anggerik Desa, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Kami menawarkan perkhidmatan Tuisyen Di Rumah & Mengaji Di Rumah di kawasan Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor.

Untuk makluman,

  1. Tutor akan pergi mengajar di rumah pelajar.
  2. Masa dan hari akan dipilih sendiri oleh pelajar atau ibu bapa.

Kami sediakan kelas untuk semua tahap dari peringkat tadika, tahun 1-3, tahun 4-6, tingkatan 1-3 dan tingkatan 4-5.

Mata pelajaran yang boleh diajar pula mengikut apa yang telah tersedia di sekolah dan mengikut permintaan pelanggan. Namun, calon tutor disarankan supaya memilih maksimum 3 mata pelajaran ‘favourite’ sahaja semasa mengisi borang permohonan menjadi tutor.

Elaun tutor dibayar berbeza-beza berdasarkan kepada tahap pelajar yang diajar dan jumlah sesi yang di ambil sebulan. Rujuk jadual di atas.

Syaratnya adalah seperti berikut:

  1. Berumur antara 20-35 tahun.
  2. Tahap pendidikan minimum: Diploma.
  3. Mempunyai kenderaan sendiri.
  4. Mempunyai pengalaman mengajar.
  5. Mempunyai personaliti yang menarik.
  6. Mempunyai kemahiran mengajar yang baik.
  7. Menguasai syllabus, soalan peperiksaan dan skema pemarkahan.
  8. Menepati masa dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi.
  9. Boleh memberi komitmen sebagai tutor sekurang-kurangnya 3 bulan.

Calon yang telah menghantar permohonan lengkap akan ditapis dan dipanggil untuk sesi
temu duga dan mock teaching. Sementara itu, calon yang lulus akan dimasukkan ke dalam group WhatsApp
mengikut negeri tempat tinggal.

Scroll to Top