"Dah bagi macam2 arahan apa patut buat semasa cuti sekolah
di rumah tapi anak masih malas, tak hormat arahan mak ayah dan
lebih pentingkan kawan dan games
."

- Puan Alia


Rasa nak MARAH tengok anak
menghadap GAJET lebih dari 5 JAM sehari?

Lagi melampau bila mak ayah pergi kerja,
anak-anak TIDAK DIPANTAU di rumah!

Bertambah seronok mereka sebab
dapat habiskan cuti dengan perkara yang
TAK BERMANFAAT & MEMBAZIR MASA.

TARIKH & MASA

25 - 27 NOVEMBER 2018
AHAD HINGGA SELASA
8:00 PAGI - 5:30 PETANG

LOKASI

MASJID SULTAN IDRIS SHAH II
(MASJID NEGERI) IPOH
PERAK DARUL RIDZUAN

Hari
Jam
Minit
Saat

6 PELAJAR YANG SELALU
IBU BAPA PENING NAK FIKIR!


#1 LEKA SANGAT DENGAN GAJET

Anak-anak zaman sekarang semuanya tahu menggunakan
teknologi tanpa perlu diajar pun. Tahukah anda, banyak deria anak-anak
yang akan tertutup sekiranya didedahkan terlalu LAMA dengan GADGET?
Tak tahu aktiviti apa yang sesuai untuk anak masa cuti?


#2 TAK TAHU POTENSI DIRI YANG JELAS

Anak-anak masih belum tahu kepentingan ada matlamat yang
jelas dalam kehidupan. Kenapa kena pergi sekolah? Kenapa kena belajar?
Apa kelebihan anak-anak yang mereka sendiri masih belum tahu?
Kalau peranan diri sendiri pun tak tahu, macam mana nak ada
sikap disiplin & tanggungjawab?


#3 KURANG KEYAKINAN DIRI & TIDAK ADA SIFAT KEPIMPINAN

Ramai dalam kalangan pelajar yang tak yakin nak tanya soalan
dalam kelas dan malu bila bercakap di depan. Tak pasti nak tanya apa
dan nervous bila nak bercakap. Banyak sangat fikir cakap-cakap
kawan dalam kelas. Akhirnya pelajar langsung tak tanya dan cikgu
teruskan mengajar seperti biasa. Semua ini perlukan bantuan.
Ikuti sahaja modul & praktikal yang disediakan semasa
program nanti.


#4 MUDAH LUPA TEORI & FAKTA YANG DIPELAJARI

Anak-anak baru belajar 5 minit pun masih tak boleh ingat fakta.
Selalu tak tahu apa yang dipelajari masa di sekolah. Lupa nak buat kerja
sekolah, lupa apa yang dah study masa exam. Semuanya LUPA!
Susah sangat nak ingat. Takpe, ikut sahaja teknik rahsia mengingat
yang akan didedahkan dalam program nanti.


#5 MALAS SOLAT

Hari-hari suruh anak solat tapi macam-macam alasan yang
anak bagi. Anak lebihkan urusan dunia berbanding solat dan tak tahu
tujuan solat. Kalau solat pun, itu hanya sebagai ikutan dan adat sahaja.
13 rukun solat pun masih tak berapa betul lagi. Elakkan paksa anak,
bagi dia cinta dan faham cara solat yang betul dulu. Biar dia
betul-betul kenal mengenai solat.


#6 TAK TAHU KEPENTINGAN BELAJAR PENGURUSAN JENAZAH

Kematian itu adalah suatu yang pasti dan semua orang
perlu sentiasa dalam keadaaan bersedia untuk menghadapinya.
Macam mana kalau anak-anak sendiri tak pandai nak uruskan jenazah
sekiranya kematian berlaku dalam keluarga? Sampai bila nak harapkan
orang lain untuk tahu mengenai pengurusan jenazah?

ADAKAH ANAK ANDA YANG PATUT
JOIN PROGRAM INI?

Sebelum anda nak buat keputusan untuk hantar anak-anak
ke program ini, cuba check senarai di bawah adakah anak anda
mengalami masalah
yang dinyatakan?

Maaf, program ini hanya untuk anak-anak yang ada impian & mahu
menjadi contoh yang terbaik
kepada ibu bapa & masyarakat.

  • Tak DISIPLIN dan MALAS nak improve diri sendiri
  • Susah FOKUS untuk capai apa yang dia nak
  • Tak tahu apa yang DIRI SENDIRI NAK
  • Belum tahu KEPAKARAN diri sendiri
  • Tak yakin BERCAKAP & tak tahu nak cakap apa
  • Tak pandai nak PIMPIN & uruskan diri sendiri
    apatah lagi kawan-kawan
  • Tak tahu KENAPA KENA SOLAT dan cara solat yang betul
  • Tak pasti KENAPA KENA PANDAI PENGURUSAN JENAZAH
  • Susah untuk BERGAUL dalam kumpulan

ANDA TERCARI-CARI
SOLUSI BAGI MASALAH DI ATAS?

OHSEM BREAK! adalah solusi untuk anak-anak anda.
Program cuti sekolah yang menggabungkan Modul Motivasi,
Kerohanian dan Aktiviti Fizikal yang padu. Disampaikan oleh
mereka yang mahir dan berpengalaman, supaya peserta
dapat menyerap ilmu dan menguasai pelbagai kemahiran
dengan SANTAI tapi BERKESAN!

8 PENGISIAN OHSEM BREAK!

Program Cuti Sekolah OHSEM! Break

OHSEM KHALIFAH

Nak melahirkan anak yang ada ciri-ciri pemimpin yang berkualiti & berketerampilan yang mengamalkan nilai-nilai positif?

OHSEM KHALIFAH akan realisasikannya.

Kami nak bantu anak anda tingkatkan kesedaran dan penghayatan terhadap tanggungjawab dan peranan sebagai anak, ahli keluarga, pelajar dan anggota masyarakat.

Program Cuti Sekolah OHSEM! Break

SMART TALK

Tahu ke? Nak bercakap dengan yakin, mendengar dengan baik dan melontarkan pandangan ada teknik dan gayanya!

SMART TALK akan membimbing peserta untuk memahami gaya komunikasi diri sendiri dan orang lain secara mudah serta teknik berkomunikasi yang betul & berkesan.

Program Cuti Sekolah OHSEM! Break

SMARTSTUDY MEMORY MASTER

Kami akan kongsikan ilmu 7 rahsia macam mana nak bagi anak anda cepat ingat apa yang cikgu ajar dalam kelas.

Tanpa anak anda perlu belajar 24 jam sehari. Jimat masa & relax. Turut akan didedahkan Bahasa Memori & Cerita Kreatif SmartStudy.

Program Cuti Sekolah OHSEM! Break

SHOOTING RANGE &
COMBAT ARCHERY

“Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.”
(Riwayat Bazzar, dan Thabarani).

Memanah adalah aktiviti kegemaran Rasulullah SAW yang dapat melatih individu untuk bersikap positif seperti fokus, penyabar dan tenang.

Memanah juga meningkatkan kebolehan berfikir dan merancang strategi.

Program Cuti Sekolah OHSEM! Break

EDUGAMES

EDUGAMES? Apa tu? Bosan juga kan asyik belajar mengadap buku je. Sesekali belajar sambil bermain seronok juga.

Kami akan bantu anak anda zahirkan idea secara kreatif & kritis melalui modul Edugames.

Program Cuti Sekolah OHSEM! Break

WHO AM I?

Kalau anak anda sudah mengenal potensi yang ada dalam diri, ini bukan tempatnya!

Ahli Falsafah, Plato mengatakan ‘Kemenangan pertama dan terbesar dalam hidup adalah ketika kamu dapat menakluki diri sendiri’.

Penting ke kenal diri? Sangat penting! Fakta yang ibu bapa perlu tahu, kecemerlangan diri bermula dengan mengubah diri sendiri.

Program Cuti Sekolah OHSEM! Break

KLINIK SOLAT

Mesti seronok kan tengok anak cintakan solat. Tak perlu lagi marah atau jerit suruh solat.

Klinik Solat menyediakan penawar kepada anak anda untuk jatuh cinta pada solat.

Memberi pendedahan secara langsung dari segi teori dan praktikal kepada peserta tentang bacaan dalam solat dan 13 rukun solat agar solat anak anda tidak lagi sekadar solat.

Program Cuti Sekolah OHSEM! Break

PENGURUSAN JENAZAH

Mengingati kematian akan membuat seseorang segera memperbaiki hidupnya!

Kelas ini akan dibimbing oleh Imam bertauliah Masjid Negeri Ipoh secara praktikal supaya peserta lebih menghayati dan mampu membantu dalam pengurusan jenazah ahli keluarga khususnya.

Senangnya hati ibu bapa kalau anak boleh berbakti semasa saat akhir kita nanti.

MODUL BONUS ISTIMEWA UNTUK ANDA!

PRAKTIKAL SOLAT SUNAT DHUHA
& BACAAN AL-MATHURAT

Membuka minda anak-anak bahawa solat sunat dhuha
dan al-mathurat banyak sangat kelebihannya. Rugi kalau tak
jadikan sebagai amalan harian. Jangan terkejut kalau lepas ni
anak-anak tak 'miss' amalan sunat!

MOTIVASI PELAJAR

Merupakan slot refleksi diri.
Dengan refleksi terhasilnya resolusi. Kami nak ajar
peserta untuk mentafsir, memahami dan belajar dari
refleksi untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap
dan perbaiki kelemahan yang ada.

SIAPA YANG BOLEH BANTU ANAK ANDA?

Program Cuti Sekolah OHSEM! Break

PENCERAMAH

PU Yeop atau nama sebenarnya Mohd Zainudin Bin Mohamed Zaini ialah seorang Finalis Pencetus Ummah Musim 1, program yang diterbitkan oleh Astro Oasis dan juga seorang Pengacara I-Star Musim 1 & 2 terbitan Astro Ceria.

Beliau berasal dari Kampung Gajah, Perak dan sekarang menetap di Kamunting, Perak. Beliau merupakan seorang lulusan Diploma Tahfiz Quraan Wal Qiraati dan sekarang aktif menyampaikan dakwah untuk menyeru pelbagai lapisan umur melakukan perubahan ke arah perkara positif yang diredhai Allah.

Pendekatan yang digunakan oleh beliau adalah secara santai dan ceria serta sarat dengan dakwah. Tagline yang selalu digunakan oleh PU Yeop adalah "Nyeghongin-Nyeghongin Juge..Moh Kite Beghamei".

Program Cuti Sekolah OHSEM! Break

PENCERAMAH

Da'i Elyas atau nama sebenarnya Mohd Elyas Bin Yusoff ialah seorang Finalis Da'i Pendakwah Milenia Musim 2, program yang diterbitkan oleh TV3. Beliau berasal dari Kuala Lumpur dan sekarang menetap di Kampar, Perak.

Beliau merupakan seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Falsafah Sains di Universiti Malaya & sekarang aktif menyampaikan dakwah untuk menyeru pelbagai lapisan umur melakukan perubahan ke arah perkara positif yang diredhai Allah.

Beliau juga merupakan pengasas dan pengarah syarikat Like Red Enterprise dan berkecimpung dalam industri makanan halal sejuk beku dan masih lagi menerima jemputan untuk program motivasi di sekitar Perak khususnya.

Pendekatan yang digunakan oleh beliau adalah secara santai dan ceria serta sarat dengan dakwah dan cerita sejarah yg menarik dan sesuai dengan masyarakat hari Ini. Beliau juga merupakan seorang OKU Fizikal setelah mengalami kemalangan pada awal tahun 2018.

Tagline yang selalu digunakan oleh Da'i Elyas adalah "Dakwah mesti mahu sempoi, bro! Baru ada kick!!!!!!!

Program Cuti Sekolah OHSEM! Break

PEMBINA & PELAKSANA MODUL

Norasyikin Azri atau lebih mesra disapa Cik Kin merupakan seorang yang aktif dalam pembangunan modul. Modul yang dibawa oleh beliau kebanyakannya adalah untuk pembangunan diri dan membantu peserta untuk membina kekuatan dari segi soft skills yang baik.

Beliau merupakan seorang lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Pembangunan Manusia) dari Universiti Putra Malaysia.

Antara modul yang pernah dibawa oleh Cik Kin adalah Smartstudy Memory Master, Take Charge!, Xpert Tutor!, Who Am I? dan Smart Talk.

Antara pengalaman beliau yang berkaitan dengan training adalah SmartStudy Memory Master Licensed Trainer, Professional Learning Facilitator (PLF), Xpert Tutor Trainer, Fasilitator Utama Program Bijak Sifir, Fasilitator Kem Kepimpinan Pengawas, Fasilitator Utama Kelas Asas Roti dan Tutor Bahasa Melayu UPSR.

Moto yang sering digunakan oleh Cik Kin adalah "Usah Membangau Lagi! Ayuh Melebah!"

Program Cuti Sekolah OHSEM! Break

JURULATIH SHOOTING RANGE
& COMBAT ARCHERY


Jefri Saari atau lebih dikenali sebagai PLF Jefri mempunyai kelulusan Sijil Kejuruteran Elektrik & Elektronik dari Politeknik Sultan Azlan Shah dan Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Komputer) dari Politeknik Ungku Omar serta merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Multimedia dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

PLF Jefri dan kumpulannya merupakan jurulatih professional Combat Archery & Shooting Range. Pengalaman beliau tidak perlu disangkal lagi apabila banyak pihak korporat dan sekolah memberi kepercayaan kepada tim beliau untuk mengajar aktiviti memanah. Beliau telah berkecimpung dalam bidang ini semenjak 2016. Beliau mengajar memanah untuk semua lapisan umur, dari kanak-kanak sehingga dewasa.

Beliau juga merupakan Pengasas bagi Modul PROBET singkatan kepada “Program Berimpak Tinggi” dan Modul Berani Kehadapan yang merupakan modul Presenter untuk pelajar peringkat Politeknik dan IPTA/IPTS. Modul ini berkongsi Seni Berbicara dan Seni Mendegar yang merangkumi Teknik Menjawab Soalan Peserta dan Teknik Penggunaan Slide.

JADI, SIAPA YANG WAJIB DATANG
KE PROGRAM INI?

Terbuka kepada pelajar berumur 10-14 tahun.

Ragu-ragu dengan hala tuju hidup sebagai pelajar dan insan.

Masih tidak kenal potensi diri sendiri.

Lemah dalam komunikasi yang berkeyakinan, berkesan dan positif.

Susah untuk fokus, tidak sabar, selalu menggelabah.

Mudah lupa! Masih tidak tahu 7 teknik mengingat yang betul.

Tak tahu cara untuk menzahirkan idea secara kreatif dan kritis.

Ingin memantapkan solat fardhu dan menambahbaik amalan harian dengan amalan sunat dan fardhu kifayah.

"Wahhh, Saya berminat untuk daftarkan anak saya!
Berapa harga untuk hadir program 3 hari ni?"

Jika ikutkan nilai apa yang anak anda bakal perolehi,
yuran sepatutnya adalah

RM319

Apakata kami bagi diskaun RM319 - RM100 iaitu

RM219

Hmmm, tak ada diskaun lagi ke jika saya nak daftar awal?
Ok-ok! Istimewa untuk anda promo Early bird hanya,

RM197/pax sahaja!

Promo Early bird ini akan tamat pada jam 12:00 malam ini.
Better cepat daftar sebelum terlambat ok?

LOKASI PROGRAM OHSEM BREAK!

Program Cuti Sekolah OHSEM! Break

PROGRAM CUTI SEKOLAH
OHSEM BREAK!

  • 25-27 November 2018
  • 8:00 Pagi - 5:30 Petang
  • Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh

Anda Perlukan Bantuan?

Untuk sebarang pertanyaan atau berkaitan pendaftaran Program Cuti Sekolah OHSEM BREAK!, boleh terus ke pegawai khidmat pelanggan kami.

+6 019-446 4394 (Puan Wani)