Program SmartStudy Memory Master

TEKNIK TAK LUPA
APA YANG CIKGU AJAR DI DALAM KELAS!

"Anak masih TAK BOLEH INGAT apa yang dia belajar. Pelbagai multivitamin saya belikan. Bukan tu je, duit pun dah banyak habis hantar ke program, seminar dan kem tapi anak tetap tak boleh praktikkan apa yang dia belajar dalam kelas. Saya dah buntu dan pening."

Puan Haliza

ISU KRITIKAL YANG IBU BAPA
DAN ANAK KENA HADAP HARI-HARI!

ANAK LUPA NAK BUAT KERJA SEKOLAH

Yang ini selalu terjadi. Anak lupa dengan homework yang cikgu bagi. Bila ditanya, katanya takde homework. Alih-alih cikgu bagitahu anak selalu tak siapkan kerja sekolah. Nak selalu pantau, kita pulak takde masa. Jadi apa yang kita boleh buat ya nak bagi anak ingat homework mana yang nak kena siapkan?

LUPA NAK JAWAB APA MASA EXAM

Dah pulun study pun masih tak boleh jawab exam dengan baik? Anak lupa point-point penting yang cikgu tekankan dalam kelas dan lupa apa yang dia baca malam tadi. Lagi kesian bila dia blur dan pening masa jawab soalan sebab banyak sangat yang dibaca tapi satu pun tak lekat. Ini bahaya dan membazir masa!

LUPA APA YANG MAK AYAH PESAN DI RUMAH

Risau nak tinggalkan anak kat rumah bila mak ayah nak keluar rumah atau ada outstation. Bukannya apa, mak ayah risaukan keselamatan anak-anak. Dah pesan macam2 tapi tak yakin sebab anak-anak selalu lupa. Lupa kunci rumah, lupa tutup api dapur, lupa tutup air. Pendek kata, lupa segalanya.

MUDAH HILANG FOKUS MASA BUAT HOMEWORK DAN SEMASA DALAM KELAS

Pernah suruh anak buat latihan dan homework? Anak banyak mengelamun atau sentiasa khusyuk buat kerja? Kalau dah sejam tapi masih di muka surat yang sama, hmmm.. maksudnya dari tadi dia tak fokus la tu. Macam mana nak bantu anak-anak? Takkan sepanjang masa nak duduk sebelah masa dia buat kerja? Kalau macam tu, kita pulak tak boleh buat kerja lain. Geram juga dibuatnya!

TAK MINAT NAK BELAJAR

Ha.. yang ini selalu terjadi kepada kebanyakan pelajar. Anak tak minat nak belajar. Semua subjek dikatanya susah. BM, BI, Matematik, Sains dan subjek lain semua tak dapat kuasai dengan baik sebab tak suka belajar. Kenapa anak tak minat dan kenapa dia kata semua subjek susah? Sebab dia tak amalkan 7 Rahsia Tidak Lupa apa yang cikgu ajar dalam kelas.

KENAPA ANAK ANDA
PATUT HADIR KE PROGRAM INI?

Kasihan anak anda.. Lagi-lagi sekarang macam-macam anak perlu ingat dengan syllabus makin bertambah! Subjek makin bertambah! Anak mesti kena cepat ingat semua!

Sampai bila anda nak biarkan anak-anak terkapai-kapai tanpa mempunyai kaedah pembelajaran sendiri yang lebih pantas dan cepat?

Sudah tiba masanya anda bertindak membantu anak anda..

Kami hanya mampu kongsikan ilmu macam mana nak bagi anak anda cepat ingat apa yang cikgu ajar dalam kelas dengan 7 rahsia.

Tanpa anak anda belajar 24 jam sehari. Jimat masa dan relax.

Tak jealous ke tengok anak orang lain tiap-tiap exam skor A tapi relax je tak study giler-giler sangat pun???

ANAK SAYA LAYAK KE UNTUK HADIR?
CEK DI BAWAH NI..

  • ANAK MASIH GAGAL EXAM: Tak semestinya kalau anak study 24 jam, mereka akan lulus exam. Bukan tentang berapa jam yang anak spent untuk belajar, tapi kalau anak tak ingat tak guna jugak.
  • ANAK MAIN DALAM KELAS: Anak kurang berminat untuk ingat apa yang dia belajar sebab tu anak main. Jika anak tahu teknik yang seronok untuk ingat, mesti mereka akan fokus dalam kelas.
  • BUKU LATIHAN KOSONG: Anak rasakan mengapa mereka perlu buat latihan banyak-banyak sedangkan mereka tak akan ingat pun apa yang ditulis.
  • ANAK RELAX AJE SETIAP MASA: Ini kerana anak dah malas nak fikir. Mungkin mereka rasa terbeban dan banyak sangat subjek nak ingat.
  • BALIK SEKOLAH TERUS MAIN GAMES: Ini disebabkan anak rasa main games lebih menyeronokkan daripada belajar. Mak ayah perlu dedahkan anak dengan teknik belajar yang menyeronokkan.
  • SELALU BLUR MASA BUAT HOMEWORK: Boleh jadi anak lupa apa yang mereka belajar di sekolah. Nota dah tulis, tapi tak faham dan tak ingat apa yang ditulis.
  • SUKA BUAT KERJA SAAT AKHIR: Sebabnya bagi anak kerja sekolah adalah perkara yang paling tak best. Jadi mereka akan simpan di saat-saat akhir baru nak buat. Mereka akan buat sesuatu yang best dulu.

SOLUSI KEPADA
MASALAH DI ATAS

Program SmartStudy Memory Master ini bakal menjadikan anak anda cepat ingat apa yang cikgu ajar dalam kelas. Kami akan kongsikan 7 rahsia tidak lupa apa yang cikgu ajar dalam kelas.

Bakal dikongsikan di Program SmartStudy Memory Master:

BAGAIMANA NAK ANAK FOKUS BERI TUMPUAN 100% SEMASA CIKGU MENGAJAR DALAM KELAS TANPA ADA GANGGUAN LAIN

Banyak mengelamun, kawan ajak sembang, kuat tidur dalam kelas. Ini semua situasi biasa dalam kelas. Kenapa banyak sangat gangguan2 yang tak diperlukan ni? Macam mana nak 100% fokus jika ada banyak sangat perkara melalaikan? Jangan risau! Kami bantu anak anda untuk tahu cara sebenar berikan tumpuan dalam kelas.

SEBELUM CIKGU MULA MENGAJAR, APA YANG ANAK ANDA PERLU LAKUKAN

Pantang cikgu takde dalam kelas, kelas mesti huru-hara dan bising. Nak kami bagi panduan kepada anak2 apa yang mereka perlu lakukan sebelum cikgu mula mengajar? Ada tips hebat untuk anak2 amalkan supaya boleh tangkap apa yang bakal cikgu ajar dalam kelas.

SEMASA CIKGU MENGAJAR, APA YANG ANAK ANDA MESTI BUAT UNTUK MEMASTIKAN ANAK FAHAM APA YANG MEREKA BELAJAR

Nak elak berangan dan berkhayal semasa cikgu mengajar? Ada teknik yang sangat penting untuk elak anak2 membayangkan selain apa yang cikgu ajar dalam kelas. Apa teknik tu? Penting ke kena tau? Ya sangat penting bagi anak2 yang banyak berangan dalam kelas! Tak sabar kami nak share dengan anak2 anda.

APAKAH TINDAKAN SELEPAS KELAS BAGI MENGUJI SAMA ADA ANAK ANDA FAHAM ATAU TAK APA YANG CIKGU AJAR

Lepas habis kelas atau habis sekolah, biasanya anak2 buat apa? Terus relax dan bermain games sehingga malam? Berehat memang perlu tapi ada beberapa perkara yang anak perlu buat untuk pastikan apa yang dia belajar pada hari tersebut kekal segar dalam otak. Teknik ni wajib dibuat jika anda tak nak anak study last minute sebelum exam.

BERAPA TEMPOH MASA YANG SESUAI SELEPAS KELAS UNTUK ANAK BUAT REVISION BAGI MENGUATKAN LAGI APA YANG MEREKA BELAJAR DI SEKOLAH

Kenapa anak lupa? Anak selalu buat ulangkaji? Tahu ke bila waktu yang sesuai untuk buat ulangkaji? Kalau sebulan selepas belajar topik tertentu baru nak buat ulangkaji alamatnya perlu kerja keras untuk ingat semula apa yang cikgu cakap dalam kelas. Dalam program SmartStudy Memory Master, kami akan share waktu yang tepat untuk buat ulangkaji berserta cara yang betul dan kreatif supaya anak2 tak perlu nak perah otak untuk ingat semua benda yang cikgu ajar.

TEKNIK INGAT CARA SMART

Kami juga akan berkongsi cara mengingat dengan mudah dan tanpa stress. Sepantas kilat anak boleh praktikkan untuk subjek-subjek killer.

  • Konsep 3R (Register, Retention, Recall)
  • Cerita Kreatif
  • Body list

SIAPA SAYA YANG AKAN BANTU PERBAIKI
KEBOLEHAN INGATAN ANAK ANDA?

Siapa yang akan bantu anda?

NORASYIKIN AZRI

SMARTSTUDY LICENSED TRAINER

Norasyikin Azri mempunyai kelulusan Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Semasa menuntut di UPM, beliau merupakan mantan Presiden Kelab Kepimpinan Persatuan Pelajar UPM (QKP) dan aktif menjalankan program bersama-sama pelajar sekolah dalam Kem Kepimpinan Pengawas pada tahun 2014-2016.

Beliau menggunakan pendekatan Neuro Linguistic Programming (NLP) dalam program yang dikendalikannya dan merupakan seorang pengamal Professional Learning Facilitator (PLF) dan ONE Coaching yang berteraskan elemen NLP.

Pada 9 Februari 2018, beliau telah dilantik oleh Tuan Osman Affan sebagai SmartStudy Licensed Trainer bagi modul SmartStudy Memory Master dan mendapat bimbingan terus daripada pengasas modul tersebut. Beliau aktif menyampaikan modul teknik belajar SmartStudy Memory Master tersebut di sekolah dan program awam.

Modul lain yang turut disampaikan oleh beliau adalah Take Charge!, Who Am I? dan Xpert Tutor!

SIAPA YANG WAJIB HADIR?

  • Terbuka kepada pelajar 10-12 tahun.
  • Selalu tak fokus masa belajar.
  • Sering lupa nak buat homework.
  • Tak ingat apa yang dibaca 5 minit lepas.
  • Tak ingat apa yang cikgu ajar.
  • Nak kuasai teknik mengingat dengan cara yang betul.
  • Berazam tak nak study last minute.

MEREKA SUDAH,
ANAK ANDA BILA LAGI?

IBNUSINA CENTRE,
TG. MALIM

SK METHODIST,
TG. MALIM

HFML SOLUTION,
IPOH

AKADEMI PERTUBUHAN ISLAM PERAK

TOPFERTILE,
SEREMBAN 2

MASJID NEGERI,
IPOH

OHSEM BREAK!,
TG. MALIM

MAAHAD EHYAK DINIAH,
KG. GAJAH

THE NEXT CHAPTER!

TARIKH

26 & 27 APRIL 2019

MASA

8:30 PAGI - 6:00 PETANG

LOKASI

JOHOR DARUL TAKZIM

PAKEJ DAN PROMO

LOKASI PROGRAM

PROGRAM SMARTSTUDY
MEMORY MASTER

  • 26 - 27 APRIL 2019
  • 8:30 PAGI - 6:00 PETANG
  • JOHOR DARUL TAKZIM

ANDA PERLUKAN BANTUAN?

Untuk sebarang pertanyaan atau berkaitan pendaftaran Program SmartStudy Memory Master, boleh terus ke pegawai khidmat pelanggan kami.

+6 019-446 4394
PUAN WANI