IBNU SINA TRAINING AND CONSULTANCY

Ibnu Sina Training and Consultancy telah didaftarkan pada tahun 2015. Memulakan operasi di Tanjong Malim, Perak, dan sehingga kini telah berkembang dengan jayanya ke 6 buah negeri iaitu Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan. Mempunyai lebih 250 orang tutor berpengalaman yang sentiasa komited membantu anak-anak mencapai prestasi terbaik dalam pelajaran.

Ibnu Sina Training and Consultancy menyediakan perkhidmatan Tuisyen Di Rumah iaitu berkonsepkan direct teaching atau 1-to-1 tuition di mana tutor akan datang mengajar di rumah pelajar. Belajar dengan tunjuk ajar tutor dalam kelompok kecil pelajar antara 1-6 orang sahaja. Selain itu, Ibnu Sina Training and Consultancy juga menganjurkan program cuti sekolah dan program latihan bagi tutor meningkatkan kemahiran mengajar.

VISI

Menjadi syarikat tuisyen No.1 di seluruh Malaysia dengan menyediakan pelbagai produk pendidikan bagi kegunaan pelajar yang memberi impak tinggi selaras dengan sistem pendidikan terkini.

MISI

  • Menyediakan sumber dan kepakaran yang intensif dalam membantu pengajaran tutor lebih berkesan kepada pelajar.
  • Menyediakan modul terkini yang lebih efektif bagi membantu pelajar meningkatkan prestasi akademik selari dengan sistem pendidikan sekarang.
  • Menyediakan sistem pengurusan tuisyen yang berkesan dan lebih bersistematik.
  • Menyediakan perkhidmatan tuisyen di rumah seluruh Malaysia menjelang tahun 2020.

OBJEKTIF

  • Menaik taraf dan memantapkan kualiti tutor supaya dapat meningkatkan prestasi pelajar.
  • Merangka dan menyelaras sistem yang efektif dan bersistematik supaya dapat melicinkan gerak kerja pengurusan.
  • Membuat penyelidikan pendidikan secara berterusan berkenaan keperluan semasa pelajar di samping mewujudkan produk pendidikan yang berkualiti.

PERKHIDMATAN IBNUSINA

TUISYEN DI RUMAH

Sesi pembelajaran dilakukan di rumah pelajar dengan bimbingan para tutor kami yang berpengalaman.

MENGAJI DI RUMAH

Anak anda diajar menguasai Al-Quran di rumah sendiri serta terbuka kepada semua tahap kemahiran.

KELAS BIMBINGAN

Bertempat di IBNUSINA Learning Centre, Tanjong Malim. Maksima 10 pelajar setiap sesi & terhad utk pelajar sekolah rendah.

TIM IBNUSINA

NORHAYATI MOHAMED

Team Leader

NORASYIKIN AZRI

Operation Manager

SARAH SAIDIN

Admin cum Account Executive

FATIN NADIYAH

Customer Service Executive

SYAZWANI RAZAK

Customer Service Executive

MOHAMAD RASSHUWAN

Graphic Designer cum Asst. Marketing Exec.

FADZLAN MASSUTI

Full-Time Tutor

NUR ALIA

Full-Time Tutor