AKAN DATANG
PROGRAM XPERT TUTOR!

Tahniah kerana anda berani untuk meningkatkan potensi diri di PROGRAM XPERT TUTOR bagi menjadi seorang pendidik yang terbaik.

Pendaftaran bagi tahun 2019 akan dibuka. Pastikan anda menjadi peserta yang terawal mendaftar untuk menerima promosi exclusive daripada Ibnusina!

"Memang minat nak mengajar tu ada tapi bila fikir perangai pelajar-pelajar ni haih.. Boleh hilang sabar jugak dibuatnya!"

"Saya dah cukup berlembut dah, tak jalan jugak! Bertegas nanti orang ingat mendera pulak."

"Eh, eh! Klien ni.. Banyak songeh pulak. Eh, ke aku yang tak faham klien? Orang lain okey je.. Hmm.."

"Alamak! Sistem pendidikan ni tukar lagi. Macam mana nak ajar anak murid aku ni.."

"Adoi, banyaknya masalah sebagai tutor! Atau aku yang sebenarnya belum cukup ilmu menjadi seorang tutor?"


Yang benar,
Keluhan Tutor

PENGURUSAN DIRI
ASAS KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN!

MASALAH YANG SERING
MENGHANTUI PARA TUTOR

PELAJAR BANYAK RAGAM

4 tahun handle home tuisyen dan pusat tuisyen ni dah temukan kami dengan pelbagai ragam pelajar! Ada yang pemalu, ada yang responsif, ada juga yang terlalu aktif untuk di uruskan. Tengah belajar pun boleh pergi panjat grill pintu, lompat atas sofa dan macam-macam. Aduhh, pening juga ya! Kita nak bantu dia belajar, tapi dia pulak main-main. Para tutor semua dah mahir ke nak handle pelajar yang pelbagai ragam ni?

TAK MINAT BELAJAR

'Saya tak minat belajar! saya tak nak tuisyen! Saya penat la! Mak saya yang paksa!'. Haa, kalau jumpa pelajar macam ni macam mana nak tackle hati mereka? Tak kan datang ajar je, cukup masa balik? Lantak la pelajar tu minat ke tak janji kita dah datang ajar. Hmm, sebagai pengajar mesti rasa tak puas hati kan? Tak kan aku nak mengajar semata-mata untuk duit, sedangkan pelajar aku tak ada perubahan pun! Pendidik yang ikhlas mesti meronta-ronta hatinya nak bantu, tapi macam mana ya?

TAK TAHU TEKNIK MENGAJAR YANG BERKESAN

Saya bukan background pendidikan. Pengalaman ada la ciput tapi passion nak mengajar tu memang tinggi. Mengajar ikut cara saya je, ya lah mana pernah pergi praktikal kat mana-mana sekolah. Entah betul atau tak cara saya ajar ni! Tak mengapa, Xpert Tutor boleh bantu untuk tingkatkan skill mengajar anda.

MANA NAK CARI MODUL YANG BERKUALITI?

Umum tahu kan, silibus dan format pendidikan sekarang selalu berubah-ubah. Kejap KBAT, lepa stu keluar pulak pentaksiran. Lepas ni tak tahu apa pulak. Mesti semua tutor terutama tutor yang bukan background pendidikan keliru kan? Keliru dengan modul, format, silibus dan teknik pengajaran terkini. Kami akan dedahkan apa yang boleh bantu anda untuk atasi masalah ini.

KLIEN BERMASALAH

Pelajar dah ok, klien pulak yang problem. Halah halah halah! Atau tutor yang tak pandai berurusan dengan klien sebenarnya? Boleh jadi juga kan? Macam mana ya nak berdepan dengan klien dengan lebih professional? Nak tahu? Xpert Tutor akan ajar tutor menjadi lebih professional untuk berdepan dengan klien atau sesiapa sahaja lepas ni. Menarikkan?!

APA YANG XPERT TUTOR
AKAN BANTU ANDA!

SIAPA SAYA YANG AKAN BANTU ANDA BERGELAR XPERT TUTOR!

Xpert Tutor

NORASYIKIN AZRI

PENGASAS MODUL XPERT TUTOR

Norasyikin Azri mempunyai kelulusan Bacelor Sains (Pembangunan Manusia) dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Merupakan mantan Presiden Kelab Kepimpinan Persatuan Pelajar UPM (QKP).

Berpengalaman sebagai Pengurus Operasi di Akademi Ibnu Sina dan menguruskan tutor termasuk latihan, sokongan dan pengambilan tutor baru. Di samping menguruskan tutor, beliau turut mengajar subjek Bahasa Melayu bagi peringkat Tahun 4 – 6.

Beliau menggunakan pendekatan Neuro Linguistic Programming (NLP) dalam program yang dikendalikannya dan merupakan seorang pengamal Professional Learning Facilitator (PLF) dan ONE Coaching yang berteraskan elemen NLP.

Modul lain yang turut disampaikan oleh beliau adalah Take Charge!, Who Am I? dan SmartStudy Memory Master

Antara kelayakan professional beliau dalam bidang training adalah Xpert Tutor Master Trainer, Professional Learning Facilitator (Practitioner), SmartStudy Memory Master Licensed Trainer, Certified ONE Coaching Practitioner dan Certified Facilitator by MTM Group

Moto yang sering digunakan oleh Cik Norasyikin Azri adalah “Usah Membangau Lagi! Ayuh Melebah!”

"Program Xpert Tutor membawa keseimbangan berbanding program-program lain."

Yang pertama, ia menekankan karektor, kepakaran dan professionalisme dalam diri tutor. Yang kedua, ia mengajar cara untuk melatih pelajar.

Dan saya sangat suka, lagi-lagi kerana ada beberapa prinsip yang dibawa lain daripada yang lain seperti 'Usah membangau lagi!' dan 'Ayuh, melebah!'

| Iz Baidilleh Tutor Sukarelawan

"Banyak sangat input yang dapat. Salah satu, macam mana kita nak manage kita punya diri untuk berhadapan dengan anak murid."

Sebelum kita dapat anak murid, kita tak tau perangai dia macam mana.

Di sini, di Program Xpert Tutor kita diajar cara mengendali pelajar dan apa langkah-langkah yang kita boleh buat untuk menarik minat anak-anak murid supaya minat belajar.

| Izzuddin Ramli Part-time Tutor

"Kita deal dengan budak-budak, main psikologi lagi banyak. Kena sabar kena tahu macam mana attract diaorang belajar."

Menjadi tutor adalah satu experience yang sangat interesting. Tak rasa bosan sebab deal dengan something yang living. Kalau dulu kat ofis cuma dokumen-dokumen, black and white.

Sekarang dengan budak, it's so colourful. Kita tahu macam mana budak tu grow dari tak pandai jadi pandai.

Afiza Zainal Abidin | Full-time Tutor

" Menjadi pendidik merupakan pekerjaan mulia. Bukan diukur dari wang ringgit, ataupun harta dan pangkat tetapi dari sudut kepuasan."

Bila kita ada suatu ilmu kita sampaikan dan mungkin kita akan dapat melihat kesannya kepada anak didik kita menjadi seorang manusia yang berjaya dan berguna.

Untuk program pada hari ini saya mendapat banyak pendedahan, tip-tip baru dan berguna, input yang boleh dipraktikkan khusus kepada diri saya untuk menjadi seorang tutor yang lebih baik dan cemerlang.

| Othman A. Kasim Full-time Tutor